Plot Yakitate!! Japan

Yakitate!! Japan mengisahkan Azuma Kazuma yang bercita-cita untuk membuat roti kebangsaan Jepun iaitu Ja-pan (Roti Jepun). Dia bertolak ke Tokyo untuk mengasah bakatnya sebagai tukang roti di rangkaian kedai roti Pantasia, di samping gelagatnya bersama rakan sekerjanya.

Tajuk siri tersebut sendiri merupakan satu permainan perkataan; Yakitate bermaksud "dibakar segar", tetapi Japan mempunyai 2 makna. Selain merujuk kepada negara Jepun, "pan" bermaksud "roti" dalam bahasa Jepun (diambil dari bahasa Portugis pão; maka Japan adalah permainan kata bagi siri ini. Gaya tersebut mirip nama-nama roti lain dalam bahasa Jepun, seperti "furansupan" (Roti Perancis), "doitsupan" (Roti Jerman berasaskan rye), "itariapan" (Roti Itali), etc.Selain keinginan untuk menghasilkan Roti Jepun, Azuma juga memiliki Tangan Matahari. Tangan sebegini lebih hangat sedikit daripada suhu manusia biasa, membolehkan roti menapai lebih cepat. Ia memberikannya kelebihan pada awal siri ini, namun inovasi yang membolehkannya mencipta banyak Roti Jepun adalah bakatnya yang lebih besar. Walaupun ceritanya bertemakan pembuatan roti, namun yang lebih menarik adalah terdapat banyak unsur permainan kata, terutamanya berkaitan "reaksi" hakim yang sebegitu menonjol bagi menunjukkan bagaimana lazatnya roti yang diadili mereka. Secara umumnya, siri ini adalah menghiburkan bagi sebuah manga shōnen yang biasanya mempunyai jalan cerita serius.

Di Malaysia, siri Yakitate!! Japan turut diterbitkan di Majalah Kreko.